KERJAYA

KERJAYA

Melalui halaman ini, saya ada sediakan sedikit info untuk mereka yang sedang mencari kerja-kerja yang saya akan masukkan dari masa ke masa sekiranya ada. Sekiranya anda mempunyai kerja yang ingin diiklankan, boleh juga iklankan di sini.

KEBERKATAN REZEKI

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami.
Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.
Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui majikannya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham.
Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekali pun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.
Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan.
Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui majikannya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham.
Lelaki itu pun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.
Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya.
Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang.
Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?
Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham.
Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.
Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya’ir:
“Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak. Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.”
Semoga kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja.
Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerja kita tidak seimbang dengan gaji yang diterima.
Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita.
Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.
Harta yang tidak berkat akan mendatangkan pemasalahan hidup yang membuat kita susah, sekali pun memiliki benda-benda mewah dan serba lengkap.
Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri.
Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan.
Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.
Kendaraan selalu bermasalah.
Dan berbagai2 musibah lagi yang datang menimpa bertali arus
Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin lemah.
Fikiran hanya dunia, dunia dan dunia…
Harta, harta dan harta.
Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam kehidupan dunia.
Tidak pernah puas, sekali pun mulutnya melantunkan “Alhamdulillah” tiap minit…
Kening selalu berkerut, satu persatu penyakit datang menghampir.
Akhirnya gaji yang besar habis untuk membeli ubat dan mendapatkan rawatan
Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat.
Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai diri.
Semoga Allah mengurniakan kepada kita keberkatan rezeki agar hidup kita tenang dunia dan akhirat…

7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
🌝 Keenam:
Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu’ senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..
Very nicely written 😊
By Ustaz Don Daniyal