SEMAK KELAYAKAN PINJAMAN ANDA

Sebelum anda mula berkira-kira untuk membeli rumah, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menyemak berapa maksimum kelayakan pinjaman yang anda boleh dapat daripada bank dengan mengambilkira pendapatan dan tanggungan hutang semasa.

Oleh itu saya ingin menawarkan bantuan kepada anda kerana di samping bekerja sebagai agen hartanah, saya juga merupakan seorang mortgage consultant dari My Wealth Consultancy, Bandar Puteri Puchong.

Firma ini merupakan panel kepada 12 bank tempatan seperti Maybank, CIMB, Affin, Ambank, Hong Leong, Public Bank, UOB dan sebagainya. Oleh kerana bidang kerja kami memang berurusan terus dengan pihak bank, maka kamilah orang yang sesuai sebagai rujukan pihak tuan/puan dalam menilai kelayakan pinjaman tuan/puan mengikut syarat dan tawaran semasa yang ada dari pihak bank. kami menawarkan servis 1 STOP CENTRE iaitu sekiranya tuan/puan telah menempah sesuatu rumah daripada agen atau pemilik rumah, tuan/puan perlu mengunjungi beberapa bank untuk mendapatkan pinjaman yang akhirnya akan memenatkan tuan/puan kerana memohon dari bank yang salah. ini kerana bukan semua bank sesuai untuk hartanah yang kita ingin beli. Oleh itu, biar kami yang susunkan dokumen tuan/puan dan submit pada beberapa panel bank kami mengikut jenis hartanah anda supaya peluang untuk pinjaman tersebut lulus agak tinggi. Kami akan mohon serentak untuk beberapa bank yang sesuai dan sekiranya lulus tuan/puan boleh pilih bank mana yang beri tawaran yang menarik.

Perkhidmatan ini juga boleh di anggap sebagai servis percuma untuk agen hartanah kerana semuanya kami uruskan sehingga pelanggan anda dapat kunci rumah.

PERBEZAAN ANTARA LOAN CONSULTANT DAN LOAN BANK
LOAN CONSULTANT DIRECT BANKER
1 Pilihan 12 bank terkemuka Hanya 1 bank iaitu bank yang sama
2 Nilai hartanah tinggi & cepat(banyak valuer) Hanya panel bank yang sama sahaja
3 Berbincang dengan customer sebelum mohon pinjaman Terus submit tanpa apa-apa bimbingan
4 Kami tawarkan 1 STOP CENTRE service A-Z Tiada ‘follow up’ dari pegawai bank berkenaan pinjaman.
5 Kebanyakan pelanggan diperolehi melalui agen hartanah Pelanggan yang datang ‘walk in customer’.

Dokumen Minimum yang diperlukan untuk kira kelayakan tuan/puan adalah seperti berikut:-

Individu Gaji Tetap

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Penyata Gaji 3 bulan
  3. Penyata Bank 3 bulan
  4. Penyata KWSP
  5. Borang EA/ Borang BE dengan resit cukai

Individu Gaji Komisen

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Penyata Gaji 6 bulan
  3. Penyata bank 6 bulan
  4. Penyata KWSP (jika berkenaan)
  5. Borang BE dengan resit cukai

Individu Kerja Sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan Pengarah
  2. Semua Penyata bank perniagaan dan juga personal
  3. SSM/Pendaftaran Perniagaan
  4. Borang BE dengan resit cukai

Syarikat Sdn Bhd

  1. Semua Salinan kad pengenalan pengarah dan borang BE dengan resit cukai
  2. Borang 24, 49, 9 dan M&A
  3. Semua penyata bank perniagaan selama 6 bulan
  4. Maklumat Syarikat (jika ada)
  5. Senarai baki hutang dan pemiutang
  6. Penyata Kedudukan Kewangan selama 3 tahun berturut.

 

Dokumen Sokongan untuk pendapatan tambahan

  1. Simpanan tetap/ASB/Saham/Pelaburan
  2. Pendapatan tambahan (Penyata gaji dan penyata bank selama 6 bulan)
  3. Pendapatan dari sewa (Perjanjian sewa & penyata bank selama 6 bulan)

 

  • Itu sahaja dokumen yang saya perlukan untuk membolehkan saya proses dan membuat kiraan bagi pihak tuan/puan. Semua servis ini adalah PERCUMA kerana hanya pihak bank yang akan bayar pada servis kami dan bukannya pihak tuan/puan atau pembeli.

 

My Wealth Consultancy (002195066-W)

64-2, Jalan Puteri 2/4, Bandar Puteri Puchong,

47100 Puchong, Selangor

Tel/Fax : 03-5879 8899    Tel Bimbit : 010-222 6561

No. WhatsApp : 012-265 6561

Email : faisal.mywealth@gmail.com