RUMAH LELONG

Adakah anda berminat untuk membeli rumah di bawah harga pasaran? Melalui rumah lelong anda boleh memaksimumkan keuntungan anda.

Tetapi sebelum bermula, anda perlulah memiliki sekurang-kurangnya tunai di tangan antara 18% to 20% daripada harga rezab sebagai syarat untuk anda berjaya memiliki hartanah lelong. Ini kerana untuk menjamin supaya anda tidak tersangkut dan pembelian anda lancar kerana rumah lelong mempunyai beberapa kos tersembunyi. Ramai pembeli terlepas pandang perkara ini dan boleh mengakibatkan wang deposit anda hangus kerana pelelong hanya memberikan tempoh 90 hingga 120 hari untuk selesaikan harga penuh jualan. Kelayakan pinjaman anda juga hendaklah diperiksa terlebih awal supaya proses pembelian ini dapat disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan pelelong. Emosi semasa dalam bilik lelongan juga mestilah dapat dikawal supaya anda tidak terbeli rumah melebihi harga pasaran. Untuk mengelakkan masalah ini, anda boleh melantik agen lelong untuk wakilkan bagi pihak anda untuk membida bagi pihak anda sehingga tahap maksimum harga yang anda telah tetapkan.

Walaupun melalui hartanah lelong, anda dapat menjimatkan kos kerana tiada kos utk SPA seperti pembelian unit subsale. Tetapi kos yang hampir sama juga anda perlu keluarkan iaitu kos MOT 3% dan kos untuk pinjaman 3%. Anda juga perlu sediakan kos untuk caj stamping antara RM100 to RM200 dibayar pada hari lelongan sekiranya berjaya.

Ada 3 Jenis Lelongan Hartanah iaitu:-

  1. Bank Lelong/LACA – biasanya diadakan dipejabat pelelong, dewan atau hotel
  2. Mahkamah – Hartanah atas nama individu
  3. Pejabat Tanah – Hartanah atas nama individu

Dokumen Berkaitan Hartanah  Lelong:-

     1. Proclaimation Of Sale

     2. Condition Of Sale

     3. Memorandum Of Contract – Sekiranya Menang Lelong

Servis yang kami tawarkan kepada anda adalah seperti berikut:-

   1. Mendapatkan POS atau COS untuk anda. RM70

   2. Membuat lawatan tapak bagi pihak anda dengan besertakan gambar dan ulasan tanpa perlu kehadiran anda. RM100 – RM200 mengikut lokasi, tol dan jarak perjalanan.

   3. Menjadi wakil anda untuk membida rumah idaman anda kerana kebanyakan pembeli tiada masa untuk hadir ke hari lelongan kerana biasanya dibuat pada hari bekerja. Sekiranya Berjaya menang dalam lelongan, upah saya adalah RM1,200 atau 1% untuk hartanah yang bernilai lebih RM150,000. Sekiranya tidak berjaya, anda hanya perlu bayar saya RM200.

Untuk pelanggan yang berminat, anda perlu berikan maklumat berikut kepada saya:-

  1. Nama Penuh Anda
  2. No. Kad Pengenalan
  3. Alamat Rumah
  4. No. Telefon
  5. Bank Draft atas nama banker
  6. Salinan Kad Pengenalan Anda
  7. Surat Kuasa/Surat Perlantikan Wakil

Langkah Untuk Bermula:-

  1. Sila cari maklumat hartanah yang ingin dilelong sama ada melalui senarai saya ataupun melalui senarai luar dan pastikan tarikh lelongan masih belum tiba sekurang-kurangnya 2 hari bekerja.
  2. Sekiranya dah jumpa rumah idaman, cuba dapatkan POS dan COS dan fahamkan semua kondisi yang pelelong tetapkan seperti kos maintenance di bawah tanggungan pelelong/banker atau tanggungan pembeli baru.
  3. Buatkan bank draft atas nama bank pelelong untuk deposit harga rezab minimum sama ada 5% atau 10% dan sekiranya anda melantik wakil, anda boleh juga buat bank draft kedua untuk jumlah jangkaan topup sekiranya menang. contoh harga rezab 100k, deposit bank tetapkan 10%=10k. Harga maksimum anda mahu bid contohnya 130k. sekiranya harga menang 130k, pada hari lelongan anda perlu byr 3k untuk menjadikan deposit 10% sebanyak 13k telah dibayar pada hari lelongan.
  4. Sekiranya anda tiada masa untuk ke tempat lelongan, anda boleh lantik saya faisal 012-2656561 biar saya wakilkan untuk anda kerana saya juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pelaburan hartanah. Sedikit sebanyak melalui ilmu dan pengalaman saya, ia dapat membantu anda dalam memilih dan membeli hartanah mengikut harga yang munasabah dan menguntungkan anda.
  5. Sekiranya menang, anda boleh guna memorandum of contract untuk membuat pinjaman atas hartanah yang anda menangi.

Sekiranya anda ingin saya wakilkan pihak tuan untuk masuk dalam dewan lelongan, sila hubungi saya segera. saya akan wakilkan untuk tuan setakat kuasa dan limit yang tuan benarkan sahaja.