MUFASA HOMESTAY STUDIO DENGAN POOLVIEW BALCONY (SELF CHECK IN)


Mufasa Homestay di Vega Residensi 1 Cyberjaya menawarkan penginapan 1 unit studio (fully furnish) dan juga kemudahan daftar masuk dan keluar secara automatic (self check in and keyless entry). Unit ini adalah pangsapuri servis 18 tingkat dengan security yang ketat dan hanya boleh masuk menggunakan access card sahaja yang akan saya berikan nanti untuk mudahkan keluar dan masuk. Parking berbumbung juga ada disediakan dan jika memerlukan parking tambahan, ada ruang parking awam yang besar di sebelah bangunan ini. Unit studio ini juga mempunyai 1 balcony yang besar melebihi 130sqft betul-betul di tepi kolam renang. Anda boleh lihat anak anda berenang sambil anda berehat di balcony. Pakej bermalam ini hanya RM150 sahaja untuk 1 malam dan harganya sama setiap malam tanpa mengira public holiday ataupun hujung minggu. Wifi juga diberikan percuma sepanjang anda menginap di sini. Pakej ini adalah untuk keluarga 2 dewasa dan 2 atau 3 kanak-kanak. Sekiranya ada penambahan pengunjung, saya akan kenakan RM10 caj tambahan per kepala kerana lebih ramai pelanggan bermakna lebih banyak penggunaan elektrik dan juga air.

Kelengkapan yang ada dalam studio ini adalah:-

–          Dapur gas dan kitchen cabinet

–          Set L-shape sofa

–          TV dilengkapi dengan Astro Njoi

–          2 Aircond di hall depan dan juga dalam bilik

–          Set meja makan (untuk ruang balcony)

–          Set Meja Tulis Ikea

–          Katil Single beserta tilam bawah (2 x tilam single) di hall depan (daybed)

–          Cerek Elektrik

–          Iron Board & Seterika

–          Peti sejuk

–          Rak kasut

–          Lampu Wall

–          Katil Queen Size berserta almari besar (dalam bilik)

–          Tempat sidai towel

–          Water Heater

–          Mesin Basuh

–          Water Dispenser

–          Wifi Percuma

–          Cadar dan sarung bantal di tukar setiap kali bertukar pelanggan untuk menjaga hygienic.

 

Lokasi Mufasa Homestay:-

–          Berdekatan dengan kilang Korea Q-Cell 1km

–          Dekat dengan Toll Elite 4km (Cyberjaya/Putrajaya exit) dan juga MEX 10km

–          Dekat Dengan Multimedia University 2km

–          Bersebelahan Autoville dan dekat dengan GEM IN(Kluang Café Station) 1km

–          Nak makan boleh guna servis food panda delivery at your doorstep (banyak choice)

–          Shopping mall depulze dan cinema 5km

 

Syarat Tambahan:-

–          Dalam rumah ini adalah kawasan larangan merokok, tetapi pengunjung boleh merokok di balcony dengan membuang habuk dan puntung rokok di tempat yang sepatutnya.

–          Penggunaan api dan air juga saya akan pantau agar tiada pembaziran yang disengajakan. Semua pelanggan saya yang sebelum ini memahami peraturan ini kerana kami juga menggunakan platform Airbnb yang menjaga kepentingan kedua belah pihak. Tiada isu pembaziran berlaku jika penggunaan biasa.

 

 

Sila hubungi saya melalui whatsapp untuk pengesahan tarikh dan juga tempahan Faisal 012-265 6561.

 

Selepas tempahan dibuat, saya akan guide anda cara untuk self check in and out.

 

Waktu check in adalah seawal 3pm dan waktu check out adalah selewat 12pm. Waktu ini boleh dirunding sekiranya tiada tempahan lain yang bertindan.

 

Terima kasih kerana memilih penginapan di Mufasa Homestay Cyberjaya.