VISI & MISI

VISI

Ingin melihat lebih ramai kaum bumiputra terutamanya orang Melayu memiliki hartanah mereka sendiri untuk kegunaan sendiri dan juga untuk pelaburan.

MISI

Misi adalah untuk membantu memudahkan urusan jual beli dengan memberi bimbingan agar semua pelanggan kami menjadikan hartanah sebagai satu alat kewangan dalam melawan inflasi dan juga sebagai jaminan masa depan generasi akan datang. Insya Allah.

 

LATAR BELAKANG ADMIN www.rumahbumi.com

perasan ensem 001

Saya adalah Faisal Bin Hasan pemilik website ini. Tujuan website ini diwujudkan adalah untuk memudahkan pelanggan luar mendekati saya secara dalam talian ataupun online sama ada sebagai bakal penjual hartanah, bakal pembeli hartanah ataupun tuan rumah yang ingin menyewakan hartanah dan sebagainya.

Saya merupakan graduan program Diploma Perakaunan UITM dan juga Ijazah Perakaunan OUM dan memulakan kerjaya dalam bidang perakaunan sejak tahun 2003 hingga April 2016. Pelbagai pengalaman saya tempuhi sepanjang bekerja tersebut seperti bidang peruncitan, insurans, unit trust, pengeluaran buku, pembuatan atau pengilangan, agensi perlancongan dan lain-lain lagi.

Saya bermula dalam bidang hartanah secara tak sengaja iaitu pada 2010 ketika saya mula-mula menjual rumah pertama saya kepada pembeli yang mana beliau beli rumah saya di bawah harga pasaran. Ini kerana saya ingin menjimatkan kos kononnya dengan menjualkan sendiri rumah teres saya tanpa perlu membayar kos orang tengah (agen). Rupanya saya silap, saya sepatutnya boleh menjual rumah saya mengikut harga pasaran untuk memaksimakan keuntungan dengan mengupah agen hartanah yang lebih mahir menjual sesuatu hartanah mengikut harga pasaran.

Keuntungan hasil jualan rumah sebahagiannya saya gunakan untuk tutup beberapa hutang kad kredit dan pinjaman peribadi dan lebihannya saya gunakan untuk ilmu dalam pelaburan hartanah. Saya telah mengikuti banyak seminar berkaitan pelaburan hartanah ada yang mencadangkan beli rumah tanpa modal, beli rumah bawah harga pasaran, beli rumah secara berkumpulan seperti Investment Holding Company (IHC), rumah lelong, pengurusan sublet dan macam-macam teknik dan strategi lagi. Ada yang saya ikut dan ada yang tidak tetapi saya dapati bidang hartanah ini sangat menarik kerana disamping menghasilkan aliran tunai positif setiap bulan, ia juga mempunyai peningkatan nilai yang tinggi untuk selang masa tertentu yang agak menguntungkan. Jika kita tidak membeli atau memiliki hartanah, kita hanya dapat melihat orang lain membuat untung tanpa kita dapat merasai nikmat untung tersebut. Ianya amatlah merugikan.

Saya bermula menjadi agen hartanah pada tahun 2015 secara part time, mula serius pada akhir tahun 2015 dan seterusnya berkecimpung secara sepenuh masa dalam bidang ini. Pada tahun 2015, saya telah banyak membantu kawan-kawan untuk memiliki dan menjual rumah mereka untuk memaksimumkan keuntungan mereka.

Melalui pemerhatian saya, pemegangan ekuiti untuk bumiputra dalam bidang hartanah ini masih lagi rendah berbanding bangsa lain. Ia menggamit saya untuk bersama-sama membantu meningkatkan peratusan pegangan tersebut dengan menjadi agen hartanah secara sepenuh masa. Disamping berkongsi ilmu, menawarkan peluang memiliki hartanah kepada pembeli baru, saya berharap peratusan pegangan hartanah bumiputra akan terus meningkat dari hari ke hari sebagai jaminan untuk warisan anak cucu kita nanti. Mungkin anda perlu menjual rumah yang anda duduki sekarang untuk memperbetulkan kedudukan kewangan anda sebab saya pun pernah alaminya dulu. Selepas segala hutang dan kewangan anda telah stabil, sila beli semula hartanah mengikut kemampuan anda sama ada untuk tinggal sendiri atau untuk tujuan pelaburan. Bertindak sekarang, jangan biarkan warisan anda menyalahkan anda kerana tidak berbuat sesuatu untuk mereka, kerana saya percaya suatu hari nanti kita hanyalah penumpang atau penyewa sahaja di bumi Malaysia ini jika kita tidak memiliki hartanah pada hari ini.

HUBUNGI & FAQ

Firdaus & Associates Property Professional Sdn Bhd
No. 22-1, Jalan PJS 5/28 PJCC, Pusat Perdagangan Petaling Jaya Selatan, 46150 Petaling Jaya Selangor
Tel : 03-7770 9474

Working Hours:
Mon – Fri: 9.00 am – 6.00 pm
Sat: 9.00 am – 1.00 pm

PIC: 012-2656561/010-2226561 Faisal Hasan